Pemandu Maut Lori Tangki LPG Jatuh Jejambat

Diterbitkan: Selasa, 13 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Seorang pemandu lori tangki gas petroleum cecair (LPG) maut apabila kenderaan berat yang dipandunya terbabas dan terjunam ke bawah jejambat di Jalan Nilai-Pajam di KM 280.7 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), arah selatan di sini, Isnin.

Mangsa G. Perumal, 59, dari Taman Pantai Mas, Port Dickson, cedera parah di bahagian badan apabila tercampak dan digilis kepala lori yang remuk dalam kejadian pukul 3.40 petang.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian itu, pemandu lori tangki terbabit dipercayai hilang kawalan dan terlanggar penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya, menyebabkan kenderaannya jatuh kira-kira empat meter ke bawah jejambat.

Katanya, mangsa mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Ketua Operasi Bomba, Zainal Ahmad berkata, siasatan awal mendapati lori tangki berkenaan kosong dan sedang dalam perjalanan balik ke Port Dickson setelah menghantar bekalan LPG ke Ipoh, Rawang dan Kepong apabila kemalangan itu berlaku.

Katanya, sebuah jentera bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai serta enam anggota bomba yang berada di kawasan Rawat dan Rehat Nilai membantu operasi menyelamat itu.

Berikutan kemalangan itu, laluan berkenaan (Jalan Nilai-Pajam) terpaksa ditutup bagi membolehkan lori tangki LPG itu dialihkan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan