Lelaki Maut Kereta Dirempuh Lori Minyak Di Marang

Diterbitkan: Selasa, 13 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARANG: Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya dirempuh lori tangki minyak di Km 55.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di sini Selasa.

Akibat rempuhan itu, Muhammad Hazwan Kamaruddin, 27, mati di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di kepala.

Nahas dipercayai berlaku pada 7 pagi apabila kereta jenis Honda City yang dipandu mangsa dari arah Kuala Terengganu ke Dungun terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh lori minyak itu.

Mayat Muhammad Hazwan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk bedah siasat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Marang ASP Mohamad Zohan Seman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan