Tiga Maut Kereta Terbabas Ke Dalam Sungai Di Ayer Keroh

Diterbitkan: Isnin, 12 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Tiga maut dan seorang lagi cedera ringan selepas kereta yang dinaiki terbabas ke dalam sungai dalam kejadian di Jalan Ayer Keroh Lama, Ayer Keroh awal Ahad.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Supt Ahmad Adnan Basri berkata, kemalangan berlaku pukul 3.30 pagi apabila kereta yang dipandu Chong Jun Wen, 19, menuju ke Jalan Tun Razak terbabas ketika melalui selekoh berhampiran Stadium Mini Bistari.

Kejadian itu meragut nyawa Chong serta dua rakannya Wong Wei Hao, 22, dan Ng Kee Kang, 20, dipercayai akibat lemas, manakala Liew Yu Yang, 20, mengalami kecederaan pada kaki kanan, katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Ahmad Adnan, semua mangsa berasal dari Parit Keliling, Asahan, Jasin dan dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah ketika kejadian.

Sementara itu, jurucakap bomba berkata, semua mayat berjaya dikeluarkan oleh Unit Skuba Bomba Melaka pada 4.15 pagi dan mayat dihantar ke Hospital Melaka.

Kejadian berlaku kira-kira 100 meter dari Balai Bomba Ayer Keroh, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan