Lapan Penumpang Cedera, Bas Ekspres Terbalik

Diterbitkan: Ahad, 11 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Sebuah bas ekspres yang membawa 40 penumpang dalam perjalanan dari Alor Setar, Kedah terbabas sebelum terbalik di Km 52.7 Lebuhraya Utara-Selatan pada Ahad.

Kejadian pukul 8.15 pagi itu menyebabkan lapan penumpang cedera, kata Ketua Cawangan Trafik dan Ketenteraman Awam Polis Daerah Kluang, ASP Azmi Suratman ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu berusia 40 tahun itu cuba mengelak daripada melanggar sebuah kenderaan di hadapan yang berhenti secara tiba-tiba.

Bas terbabit kemudian terbabas dan menggelongsor sebelum terbalik sejauh 10 meter dari jalan, katanya.

Menurutnya, penumpang yang cedera iaitu tiga rakyat tempatan, tiga warga Myanmar dan dua rakyat Thailand dibawa ke Hospital Kulaijaya untuk mendapat rawatan, manakala penumpang lain meneruskan perjalanan menaiki bas gantian.

Azmi berkata, siasatan awal mendapati keadaan jalan agak licin ketika kejadian kerana hujan turun sejak awal pagi.

Menurutnya, bas itu juga dipandu pemandu kedua yang menggantikan pemandu utama ketika berhenti rehat di Hentian Rehat dan Rawat Machap.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Zulkefly Yahya memberitahu Bernama dua maut dan seorang cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebatang pokok di Km 26 Jalan Johor Baharu-Ayer Hitam, Kulaijaya.

Kedua-dua yang maut adalah lelaki dikenali Wan Seng Thim, 41 yang juga pemandu dan penumpang hadapan Yap Kok Chin, 41, manakala penumpang wanita yang cedera dikenali sebagai Chai Nyet Chiew, katanya.

Kejadian berlaku 12.10 tengah malam Sabtu. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan