Dua Mayat Reput Warga Asing Ditemui

Diterbitkan: Ahad, 11 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang pekerja ladang kelapa sawit pada Sabtu menemui dua mayat reput dipercayai pasangan kekasih warga asing berusia dalam lingkungan umur 20 dan 30an di sebuah rumah usang di Jalan Bukit Lintang di sini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Melaka, Supt P.R. Gunarajan berkata, kedua-dua mayat itu ditemui dalam keadaan kepala masih terikat pada dua tali nilon yang digantung secara bersebelahan dan badan terputus kira-kira jam 9.30 pagi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa yang ditemui di sebuah bilik di bahagian belakang rumah itu dipercayai telah meninggal dunia kira-kira sebulan lepas.

"Mayat tersebut dijumpai seorang lelaki warga Indonesia berusia 30an selepas terhidu bau busuk ketika melakukan kerja mengait kelapa sawit berhampiran rumah berkenaan.

"Kedua-dua mayat ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan tiada pengenalan diri ditemui berhampiran atau pada tubuh mangsa," katanya kepada pemberita di sini.

Gunarajan berkata, siasatan awal mendapati tiada kesan pergelutan ditemui di lokasi kejadian dan polis percaya pasangan berkenaan bertindak membunuh diri.

Beliau berkata, polis turut menjumpai dua buah kerusi plastik berhampiran kedua-dua mayat berkenaan dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat penuh diperolehi.

"Mayat wanita berambut panjang itu ditemui berjaket unggu, berbaju merah, berseluar dan berkasut hitam serta memakai seluar dalam coklat muda manakala mayat lelaki ditemui berbaju T berkolar dengan berseluar panjang dan berkasut hitam.

"Kedua-dua mayat dipercayai warga asing kerana tiada laporan orang hilang dilaporkan di kawasan tersebut dalam tempoh sebulan lepas namun kita minta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga membuat laporan polis bagi membantu siasatan," katanya.

Sementara itu, pemilik rumah tersebut Baharudin Ab Jalil, 59 berkata beliau hanya mengetahui mengenai kejadian berkenaan selepas dihubungi polis kira-kira jam 12.30 tengah hari.

"Rumah ini sudah lama ditinggalkan sejak 2002 selepas saya berpindah ke Ayer Molek kerana ia kerap kali dipecah masuk penjenayah berikutan lokasinya yang terpencil dan jauh daripada jiran," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan