Tujuh Rumah Setinggan Di Sentul Pasar Hangus

Diterbitkan: Jumaat, 9 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya tujuh rumah setinggan di Kampung Chubadak, Sentul Pasar di sini musnah dalam satu kebakaran malam Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sentul Zahari Mohamad berkata kedudukan rumah yang sesak dan terletak berdekatan antara satu sama lain menyebabkan banyak rumah musnah kerana api marak dengan pantas.

"Kami masih belum boleh nyatakan jumlah sebenar rumah yang terbakar kerana kami sedang mengumpul pemilik rumah berkenaan kerana kebanyakannya bercuti raya di kampung masing-masing.

"Yang menjadi masalah utama adalah sumber air yang agak jauh, kita terpaksa menggunakan 'tanker' untuk mengangkut air ke mari," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam Khamis.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.52 malam, dan anggota serta jentera bomba tiba 14 minit kemudian serta dapat mengawal kebakaran dalam tempoh 40 minit.

"Kami telah menghantar lima jentera iaitu Balai Bomba Sentul, Balai Bomba Hang Tuah, Balai Bomba Setiawangsa, Balai Bomba Gombak Selatan dan Balai Bomba Sri Hartamas," katanya.

Katanya semua mangsa yang terlibat selamat dan tiada kecederaan dilapor berlaku dalam kejadian.

"Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Sementara itu, Endra Yusman, 30, bersyukur kedua ibu bapanya tiada di rumah ketika kejadian kerana pulang beraya di kampung di Bandar Baru Kedah.

"Sudah hampir 50 tahun ibu bapa saya tinggal di sini," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.

Pasangan suami isteri Roslan Mun, 41, dan Normiza Halim, 31 turut bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri.

"Ketika kejadian saya bersama kira-kira 20 anggota keluarga sedang menonton televisyen di ruang tamu apabila terdengar suara jiran menjerit ada api. Saya dan anggota keluarga segera mengambil anak-anak masing-masing dan barangan berharga serta bergegas keluar rumah," kata Normiza. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan