Polis Kumpul Bukti Kumpulan Panji Hitam

Diterbitkan: Jumaat, 9 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis masih mengumpulkan bukti terhadap kesemua 10 anggota Kumpulan Panji Hitam untuk mendakwa mereka bagi kesalahan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Ketua Polis Negara di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman di sini, Khamis.

Khalid ditemani isteri, Puan Sri Imran Ibrahim dalam majlis yang dimeriahkan 2,000 hadirin. Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, pegawai kanan Polis Diraja Malaysia, pegawai yang bertugas serta orang ramai.

Kumpulan Panji Hitam mendakwa mereka berasal dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan adalah pewaris sah Yang di-Pertuan Agong. Mereka ditahan pada kira-kira 4 pagi, Isnin lepas ketika berhimpun di Pintu 1, Istana Negara di sini.

Dalam pada itu Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh percaya kumpulan Panji Hitam itu terlibat dengan fahaman songsang.

Semasa ditemui pemberita selepas sambutan Aidilfitri bersama anggota polis trafik di sini, beliau berkata siasatan awal terhadap dua daripada anggota kumpulan itu menunjukkan mereka tidak dipengaruhi pihak luar termasuk dari selatan Filipina.

"Siasatan kita mendapati mereka ini cuba mendapatkan pengaruh daripada laman sosial Facebook," katanya sambil menambah polis juga sedang menyiasat jumlah sebenar anggota kumpulan itu.

"Polis juga ingin tahu mengapa pihak berkuasa Filipina turut menjalankan siasatan ke atas latar belakang kumpulan ini. "Kita ingin tahu kaitan mereka," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Negara menafikan bahawa kes-kes kejadian menembak adalah tidak terkawal.

Kejadian tembak menggunakan senjata api berleluasa sejak akhir-akhir ini dengan kes terbaharu seorang lelaki ditembak mati di Jalan Anson di George Town pagi raya pertama.

Khalid berkata polis sedang meneliti kelemahan yang terdapat di pintu sempadan atau kawasan perairan negara yang membolehkan banyak senjata api dibawa masuk.

"Beberapa langkah sudah diambil seperti penubuhan pasukan khas dan mengenal pasti laluan yang digunakan untuk menyeludup masuk senjata api. "Kita akan terus bekerjasama rapat dengan polis negara jiran agar pertukaran maklumat dapat dilakukan dengan lebih kerap terutama melibatkan senjata api," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan