Peniaga Telefon Bimbit Cedera Parah Ditembak Dalam Rumahnya

Diterbitkan: Khamis, 8 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Seorang peniaga telefon bimbit cedera parah selepas ditembak lelaki yang menyerbu masuk ke rumahnya di Taman Pondok Labu, di sini, malam Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim DSP Chin Soo Song berkata kejadian berlaku kira-kira 8 malam setelah beberapa minit lelaki berusia 26 tahun itu sampai ke rumahnya. "Dua lelaki memakai topi keledar tiba-tiba menyerbu masuk ke dalam rumah lalu melepaskan sedas tembakan yang mengenai bahagian belakang bahu kiri peniaga itu," kata Chin ketika dihubungi Bernama.

Katanya kedua-dua penyerang itu kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.

Beliau berkata semasa kejadian terdapat enam anggota keluarga peniaga itu di dalam rumah dan mereka menghantarnya ke Hospital Kulim dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi Insp Mohd Anuar Mohd Noor di talian 04-4906222 atau mana-mana balai polis untuk membantu siasatan. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan