Rumah Wartawan Bernama Dipecah Masuk

Diterbitkan: Rabu, 7 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) kehilangan tiga buah komputer riba, sebuah kamera digital dan wang tunai RM2,000 apabila rumah yang disewanya di SS2, Petaling Jaya dipecah masuk petang Rabu.

Teoh Hwei Meng, 35, yang bertugas di Meja Bahasa Mandarin berkata, sebaik sahaja tiba di rumahnya kira-kira pukul 6.30 petang beliau terkejut melihat pintu pagar serta pintu depan rumahnya terbuka luas.

"Saya memberanikan diri dan masuk untuk memeriksa di dalam dan mendapati rumah saya telah digeledah dan barangan dalam bilik saya berselerak.

"Kebetulan rakan serumah saya juga baru balik dan kami segera ke Balai Polis Sea Park untuk melaporkan kejadian tersebut," katanya.

Teoh tinggal di kawasan itu sejak lima tahun lepas dan ini kali pertama kediamannya dipecah masuk.

Beliau berkata, kawasan kediamannya pernah mengalami kejadian pecah rumah, kecurian kereta serta ragut dan berharap polis dapat meningkatkan rondaan terutama pada musim perayaan ini kerana ramai daripada jiran-jirannya meninggalkan rumah disebabkan bercuti panjang. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan