Kes Tembak Hussain Najadi: Dua Wanita Ditahan, Polis Buru Seorang Lagi Suspek

Diterbitkan: Rabu, 7 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua wanita pemegang amanah kuil Kuan Yin di Jalan Ceylon di sini ditahan dan sedang disoal siasat untuk menjelaskan motif pembunuhan pengasas Bank Arab-Malaysia Hussain Ahmad Najadi yang mati ditembak di di tempat letak kereta kuil tersebut pada 29 Julai lalu.

Kedua-dua wanita itu ditahan kira-kira pukul 1.30 petang pada Isnin dekat kuil tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata polis turut memburu seorang lagi suspek, Kong Swee Kwan, 44.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini Selasa.

Katanya, suspek dikenal pasti berdasarkan soal siasat polis terhadap dua yang lain termasuk seorang pemandu teksi yang masih ditahan reman.

Pada Isnin, polis turut menahan seorang lelaki berusia 42 tahun yang dipercayai bersama dengan pemandu teksi tersebut ketika kejadian.

Polis menyerbu rumah suspek di Selangor pada pagi Isnin tetapi dia tiada di rumahnya.

Lelaki tersebut menyerah diri di balai polis pada pukul 10 malam Isnin.

Ku berkata, siasatan mendapati Hussain membantu melindungi kepentingan kuil itu dalam rundingan perjanjian tanah yang sedang diadakan.

Kuil tersebut terletak dalam tanah yang terlibat dalam perjanjian itu.

Hussain Najadi, 75, mati dan isterinya Cheong Mei Kuen, 49, cedera apabila mereka ditembak dari jarak dekat di tempat letak kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon pada 29 Julai lalu.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan