30 Bas Ditahan Ketika Ops Selamat di Pantai Timur

Diterbitkan: Rabu, 7 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) Wilayah Timur menahan 30 buah bas untuk siasatan lanjut sepanjang operasi 'Ops Selamat', dari 1 hingga 5 Ogos lalu sempena Aidilfitri.

Pengurus Bahagian Penguatkuasa SPAD Wilayah Timur Mejar (B) Mohd Sharif Jamal Abidin berkata jumlah itu merupakan antara 519 bas yang diperiksa dalam usaha memberi keselesaan kepada pengguna bas di negara ini, terutama pada waktu puncak sepanjang Aidilfitri.

"Kesalahan gagal mematuhi jadual waktu perjalanan adalah merupakan kesalahan yang paling banyak iaitu 40 peratus. "Selain itu, kegagalan mempamerkan dokumen seperti Lesen Pengendali, Jadual Tambang dan Jadual Perjalanan sebelum memulakan perjalanan," katanya kepada pemberita dalam operasi SPAD di Terminal Bas Kuala Terengganu, malam Selasa.

Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 22 (3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan jika didapati bersalah pihak terbabit boleh didenda maksimum RM500,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya. Operasi itu juga untuk memastikan tiada sindiket bermusim menjelang sambutan Aidilfitri ini dengan menjual tiket pada harga tidak munasabah.

Seramai 35 anggota SPAD telah digerakkan bagi memantau kelancaran pengangkutan awam di tiga negeri di pantai timur iaitu Pahang, Terengganu dan Pahang, sepanjang operasi khas Aidilfitri mulai 1 Ogos hingga 18 Ogos depan.

Selain itu, katanya tahap keselamatan kenderaan dan pemandu juga akan dipantau bagi menentukan keselamatan penumpang terjamin di samping mengawal dan menentukan harga tambang adalah terkawal. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan