Kerani Majlis Daerah Besut Diselamat Polis Selepas 8 Jam Diculik

Diterbitkan: Selasa, 6 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kepantasan polis berjaya menyelamatkan seorang kerani Majlis Daerah Besut selepas lapan jam diculik tiga lelaki pada petang Jumaat lalu dan menahan seorang suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata kejadian berlaku kira-kira 6 petang di tempat letak kereta Majlis Daerah Besut dan disedari seorang penolong pegawai daerah yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian.

"Pegawai berkenaan terus menghubungi bapa mangsa memaklumkan kejadian tersebut dan bapanya lantas membuat laporan polis," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Katanya satu pasukan khas ditubuhkan untuk mengesan mangsa dan hasil maklumat yang diperoleh, polis berjaya menyelamatkan lelaki berusia 32 tahun itu pada 1.30 pagi, kira-kira lapan jam selepas kejadian.

"Polis tidak menolak kemungkinan motif kejadian akibat hutang," katanya.

Manoharan berkata susulan penahanan suspek berusia 41 tahun itu, polis merampas wang tunai RM1,000 dan menemui kembali kereta Perodua Kelisa milik mangsa.

"Suspek yang mempunyai sembilan rekod jenayah berkaitan penyalahgunaan dadah, curi motor dan pecah rumah ini baru sahaja tiga hari dibebaskan dari penjara," katanya.

Katanya polis sedang memburu tiga rakan suspek iaitu Mohd Azril Nor Azmi, 33, dari Jerteh yang mempunyai empat rekod jenayah termasuk kes bunuh, Kamaruzaman Mohd Noor, 48, juga dari Jerteh yang mempunyai tiga rekod jenayah dadah dan Mohd Zulkifli Husain, 40, dari Kuala Besut yang mempunyai satu rekod jenayah dadah.

Beliau meminta orang ramai dan anggota keluarga suspek memaklumkan kepada polis jika mempunyai maklumat mengenai suspek. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan