Polis Tahan Dua Lelaki Dipercayai Memiliki Daun Ketum

Diterbitkan: Isnin, 5 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Polis membanteras kegiatan penjualan air ketum di sini selepas menahan dua lelaki dalam 'Ops Tutup' ketika cuba membawa masuk daun ketum ke Terengganu di sini pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata suspek masing-masing berusia 50 dan 39 tahun dipercayai dalam perjalanan dari Kedah menuju Terengganu dan ditahan pada sekatan jalan di Kampung Lak Lok, Jerteh pukul 7.50 pagi ini.

"Polis menemui dua bungkusan plastik berwarna hitam mengandungi daun berwarna kehijauan dipercayai ketum di bahagian tempat letak kaki tempat duduk belakang kereta Proton Perdana itu," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Katanya but kereta suspek turut dipenuhi daun kehijauan dipercayai ketum. Kamaruddin berkata kedua-dua lelaki itu ditahan untuk siasatan dan barang kes disimpan di Ibu Pejabat Polis Kampung Raja. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan