Pengusaha Resort Mati Ditembak - Berita Jenayah | mStar

Pengusaha Resort Mati Ditembak

Diterbitkan: Isnin, 5 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tiong Choon Kwong
Tiong Choon Kwong

KOTA KINABALU: Seorang pengusaha resort, Tiong Choon Kwong yang sedang berbual-bual melalui telefon bimbitnya di luar sebuah restoran di Beverly Hills dekat sini, maut selepas ditembak menggunakan 'shotgun'dari jarak dekat.

Mangsa yang terkejut kemudiannya menjerit 'saya telah ditembak' kepada rakannya yang sedang minum di sebuah restoran sebelum rebah.

Tiong, 44, dari Sarawak yang mengusahakan perniagaan resort di Kepulauan Dinawan, Papar sedang berbual-bual di telefon bimbitnya di luar restoran tersebut kira-kira pukul 10.30 malam Sabtu apabila dia ditembak di bahagian rusuknya dari jarak dekat.

Suspek dipercayai melarikan diri dengan sebuah kereta berwarna putih.

Rakan mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Ting, membawa bapa kepada dua anak itu ke Hospital Queen Elizabeth dengan bantuan polis.

Bagaimanapun Tiong disahkan meninggal dunia dua jam kemudian.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, beliau tidak mengesyaki suspek meniru gaya pembunuhan menggunakan senjata api yang melanda Semenanjung Malaysia baru-baru ini.

"Di Semenanjung, mereka menggunakan revolver. Di sini, shotgun digunakan. Ia mungkin shotgun asli atau senjata buatan sendiri 'bakakuk'.

"Kami memerlukan saksi dan sebarang maklumat dari orang ramai untuk membantu kita menjejaki suspek," katanya pada sidang media di sini.

Ketika ditanya sama ada persaingan perjudian siber menjadi motif pembunuhan itu, Hamza berkata setakat ini polis hanya tahu Tiong mengusahakan sebuah resort sambil menambah siasatan akan dibuat daripada pelbagai aspek.

Polis menggesa mereka yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Supritendan Ratan Kumar Singh di talian 019-862 6000 atau Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Penampang, Asisten Superitendan Che Rafizi Che Ramli di talian 019-813 3337.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan