Anggota Tentera Parah, Isteri Maut Dalam Kemalangan Di Jertih

Diterbitkan: Isnin, 5 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Seorang anggota tentera parah manakala isterinya maut apabila kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta juga dinaiki satu keluarga tentera di Km113, Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu dekat Kampung Bukit Yong, Jertih awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, Nurul Huda Shaera Ahmad, 27, meninggal dunia di tempat kejadian.

Koperal Mardi Ahmad , 28, dari Kem 18 Melayu Diraja Seberang Takir, Kuala Terengganu yang cedera parah kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, katanya kepada pemberita pada Isnin.

Katanya pemandu sebuah lagi kereta Kapten Shahrul Hesham Md Yasmin, 34, dari Kem 21 Askar Melayu Pengkalan Chepa, Kelantan serta isteri dan dua anaknya hanya cedera ringan.

Kamaruddin berkata kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Honda Civic dipandu Mardi hilang kawalan di satu selekoh tajam sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar bahagian kiri kereta Proton Saga dipandu Shahrul Hesham.

Mereka dikatakan dalam perjalanan untuk pulang berhari raya iaitu Mardi ke Kampung Sokor, Tanah Merah, Kelantan manakala Shahul Hesham dan keluarganya ke Kuala Terengganu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan