Dua Sahabat Maut Kemalangan Jalan Raya di Pendang

Diterbitkan: Ahad, 4 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENDANG: Dua sahabat maut apabila motosikal mereka bergesel dengan sebuah motosikal lain mengakibatkan mereka terjatuh sebelum dilanggar sebuah kereta di Kilometer 72.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat sini, Sabtu.

Kemalangan pada jam 9.30 pagi itu menyebabkan Muhammad Mohd Rozi, 19, dan Muhammad Ekhromee Muhammad Fauzi, 19, mati di tempat kejadian.

Menurut ibu Muhammad, Kalsom Kassim, 55, anaknya menaiki motosikal bersama Muhammad Ekhromee dan motosikal mereka itu bergesel dengan motosikal ditunggang Muhammad Fairuzi Musa, 19.

"Pergeselan itu menyebabkan kedua-dua motosikal terbabas. Muhammad dan Muhammad Ekhromee terjatuh lalu dilanggar sebuah kereta yang mengikut dari belakang," katanya semasa ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Muhammad Fairuzi pula hanya cedera ringan dan dirawat di HSB.

Kalsom berkata, anaknya dan Muhammad Ekhromee dalam perjalanan ke HSB untuk melawat ibu rakan mereka yang sakit sejak tiga hari lalu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan