Kereta Langgar Belakang Lori, Pemandu Maut

Diterbitkan: Sabtu, 3 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya merempuh sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 243.6, Lebuharaya Utara-Selatan (Plus) arah utara, dekat sini Sabtu.

Mohamad Izmi Fariqzawan Mohamad Fauzi, 19, cedera parah di kepala dan badan dan mati di tempat kejadian.

Jurucakap polis berkata ketika kejadian pada pukul 9 pagi, Mohamad Izmi dikatakan memandu bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Port Dickson.

"Kereta dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan. Rempuhan kuat itu mengakibatkan mangsa tersepit dan cedera parah," katanya.

Dua belas anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dan Senawang mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Lori yang membawa muatan pokok itu dikatakan berhenti di lorong kecemasan kerana tayarnya pancit, kata jurucakap itu dan memberitahu bahawa pemandu lori berusia 33 tahun itu tidak cedera.

Pegawai Turus Trafik negeri ASP Abd Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan