Ibu Rentung Dalam Kebakaran, Empat Beradik Yatim Menjelang Syawal

Diterbitkan: Sabtu, 3 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kehadiran Syawal tahun ini pastinya tidak akan dilupakan empat beradik yang kini terpaksa menyambut hari raya tanpa kehadiran insan tersayang selepas ibu mereka terkorban dalam kebakaran di rumah mereka awal pagi Sabtu.

Norriza Mat Salleh, 36, kerani di sebuah syarikat swasta rentung dalam kebakaran di rumahnya di Jalan 3/8, Taman Puchong Indah, Puchong di sini selepas terperangkap dalam bilik tidurnya berikutan asap tebal dan api yang marak.

Bagaimanapun, suaminya, Azahar Samsudin, 40, serta dua anak lelaki dan dua perempuan, yang berusia antara empat dan 13 tahun terselamat dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi itu kerana kesemua mereka berada di ruang tamu tingkat bawah rumah.

Usaha untuk menemubual suami dan anak-anaknya di bilik mayat hospital Serdang gagal kerana mereka enggan ditemuramah disebabkan masih trauma.

Adik lelaki Norriza, Nasir Mat Salleh, 30, berkata apa yang menimpa kakaknya amat mengejutkan dan masih sukar untuk diterima.

"Raya kali ini, kami memang cadang hendak sambut di rumah ibu, tetapi tidak sangka arwah meninggalkan kami," katanya yang bekerja sebagai anggota tentera di Taiping, Perak.

Menceritakan insiden itu kepada Bernama, jiran mangsa, Rokiah Kot, 44, berkata beliau menyedari kebakaran itu selepas mendengar kekecohan di luar rumahnya.

"Saya terkejut melihat Iza (nama panggilan mangsa) terperangkap dalam kebakaran. Iza sempat memanggil saya "Kak Rokiah tolong la! panas ni", sampai sekarang saya masih ingat," katanya yang ditemui di tempat kejadian.

Bagaimanapun beliau berkata usaha untuk menyelamatkan Norriza tidak dapat diteruskan kerana api semakin marak.

Rokiah berkata dalam tempoh seminggu sebelum kejadian, Norriza sering memintanya membelikan bubur sumsum di bazar Ramadan.

"Selama 14 tahun saya kenal arwah, ini pertama kali dia minta saya belikan bubur itu. Saya memang belikan tetapi langsung tidak terdetik itu akan menjadi permintaan terakhirnya.

"Arwah siap SMS saya 'terima kasih akak, sedap tau bubur itu'," katanya sambil menunjukkan SMS Norriza.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dan Seksyen 7 Puchong, melibatkan 14 anggota, terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata siasatan awal mendapati punca kebakaran dipercayai disebabkan litar pintas. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan