Pembantu Makmal Maut Kereta Dirempuh Di Lebuh AMJ

Diterbitkan: Jumaat, 2 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang pembantu makmal maut manakala dua parah dalam kemalangan yang melibatkan dua kereta di lebuhraya AMJ di Umbai di sini Khamis.

Kemalangan pada pukul 6.45 petang itu menyebabkan Muhammad Izzat Yusop, 24, tersepit di tempat duduk penumpang kereta Perodua Viva yang naikinya dan mati di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau Masri Ibrahim berkata kereta yang dinaiki mangsa dan dipandu rakannya Asiilah Shyaira, 24, dirempuh sebuah kereta jenis Proto Saga yang dipandu Amir Azamuddin Haisan, 19.

"Kereta Proton Saga dari arah Melaka ke Muar, Johor itu dikatakan terbabas melanggar pokok hiasan dan pembahagi jalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan melanggar kereta dinaiki Muhammad Izzat sebelum terbalik.

Beliau berkata Amir Azamuddin dan Asiilah cedera parah dan kini dirawat di Hospital Melaka.

Bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan Amir Azamuddin daripada keretanya manakala mayat Muhammad Izzat dikeluarkan kira-kira dua minit kemudian, katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan