Lelaki Cedera Parah Diserang Di Butterworth

Diterbitkan: Jumaat, 2 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Seorang lelaki cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki di hadapan Flat Kelisa di sini malam Rabu.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian pukul 10.05 malam itu, mangsa S.Jayaselan, 34, sedang menunggu rakannya yang tinggal di flat berkenaan sebelum empat lelaki yang tidak dikenali menyerangnya.

"Empat lelaki yang menaiki dua buah motosikal dan memakai topi kaledar penuh itu berhenti berhampiran mangsa dan terus menyerangnya dengan menggunakan parang serta besi.

"Mangsa yang tidak sempat menyelamatkan diri mengalami kecederaan parah di badan dan kepala. Terdapat lima kesan tetakan di kepalanya," katanya di sini, Khamis.

Beliau berkata, mangsa yang tinggal di Taman Inderawasih di sini dikejarkan ke sebuah hospital swasta dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Setakat ini kita belum tahu motif sebenar kejadian dan pihak polis meminta orang ramai atau saksi yang melihat kejadian itu agar menghubungi kita bagi membantu siasatan," katanya.

Kes disiasat menurut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan