Dua Anggota Polis Antara 23 Ditahan Sedang Berjudi

Diterbitkan: Khamis, 1 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Dua anggota polis antara 23 orang yang ditahan ketika sedang asyik bermain judi di sebuah premis di Taman Pauh Jaya, di sini awal Khamis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, ACP Nasir Salleh berkata, hasil maklumat awam dan risikan, sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang menyerbu premis berkenaan pada pukul 1.30 pagi Khamis.

"Ketika diserbu terdapat 23 orang termasuk seorang wanita sedang bermain judi online dan ada yang cuba melarikan diri bagaimanapun gagal kerana premis itu telah dikepung," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata, selepas pemeriksaan polis mendapati dua daripada yang ditahan itu adalah anggota polis yang bertugas di negeri ini dan seorang daripadanya didapati tidak hadir tugas sejak dua bulan lepas.

"Seorang lagi anggota yang masih dalam tugas manakala rakannya memang dicari kerana gagal hadir bertugas sejak dua bulan lepas. Kedua-dua mereka ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Nasir berkata, dalam operasi itu pihaknya turut menahan tiga lelaki yang bekerja sebagai penjaga premis perjudian berkenaan.

"Kita turut merampas 21 set komputer, tiga unit simulator dan wang tunai RM630 dalam operasi itu," katanya.

Katanya, semua mereka yang ditahan berusia 20 hingga 35 tahun itu disiasat menurut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 dan boleh dipenjarakan tidak lebih lima tahun. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan