Polis Tahan Dua Lelaki, Rampas Pistol, Tujuh Peluru

Diterbitkan: Rabu, 31 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed (tengah) menunjukkan sepucuk pistol dan pil dadah jenis erimin 5 yang dirampas dari dua orang suspek berbangsa India di Kota Damansara dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya, Rabu. -fotoBERNAMA
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed (tengah) menunjukkan sepucuk pistol dan pil dadah jenis erimin 5 yang dirampas dari dua orang suspek berbangsa India di Kota Damansara dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya, Rabu. -fotoBERNAMA

PETALING JAYA: Polis merampas sepucuk pistol dan lapan butir peluru daripada dua lelaki tempatan yang ditahan ketika menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan di Kota Damansara, di sini awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata kedua-dua suspek itu ditahan oleh pasukan peronda polis pada pukul 1 pagi dan hasil pemeriksaan menemukan sepucuk pistol jenis Taurus 9mm bersama lapan peluru.

"Berlaku sedikit pergelutan ketika polis memeriksa beg suspek, bagaimanapun pihak kami berjaya menahan suspek tersebut dan merampas 80 biji pil dadah jenis eramin 5," katanya pada sidang media di sini Rabu.

Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis eramin 5 dan masing-masing mempunyai tiga rekod jenayah meliputi dadah, samun dan merusuh.

Katanya suspek direman sehingga Isnin ini untuk siasatan mengikut Seksyen B Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 dan Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kita percaya suspek tersebut turut melakukan beberapa kegiatan jenayah lain di sekitar kawasan ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan