Lima Maut Kemalangan Di Senai

Diterbitkan: Rabu, 31 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULAIJAYA: Lima daripada enam rakan yang baharu selesai membeli-belah untuk Hari Raya terbabit dalam kemalangan ngeri di Senai, dekat sini, awal hari Rabu.

Mereka yang terdiri daripada tiga lelaki dan tiga wanita sedang menuju ke arah Johor Bahru apabila Honda Odyssey yang dinaiki dipercayai hilang kawalan dan merempuh pokok, dan kemudian tiang lampu di pembahagi jalan KM21 jalan Air Hitam -Johor Baru pada pukul 2.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Zulkefly Yahya berkata lima daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Empat daripada mangsa telah dikenalpasti sebagai Mohd Fadzli Mohd Fakri (pemandu), 20, Hairul Adham Hamidan, 21, Nazierul Khalies Mohd Ashari, 19 dan Nor'ain Alias, 23.

Polis masih dalam proses mengenal pasti mangsa kelima.

Zulkefly berkata, mangsa keenam, Nor Hazwani Syarifah Bardaidi, 21, mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Kulai untuk rawatan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan