Culik 'Orang Kaya', Lima Lelaki Ditahan

Diterbitkan: Rabu, 31 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang mangsa culik diselamat sementara lima lelaki yang dipercayai menculiknya ditahan di sebuah kondominium di Jalan Tiong Nam di sini lewat malam Selasa.

Mangsa berumur 43 tahun yang merupakan warga Bangladesh sementara suspek yang berumur antara 21 hingga 43 tahun juga merupakan rakyat Bangladesh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata mangsa yang juga seorang peniaga diculik dua hari lepas di Jalan Putra di sini dan para penculik meminta wang tebusan bernilai RM40,000 daripada keluarga mangsa di Bangladesh.

Beliau berkata pihak polis menerima laporan daripada keluarga mangsa yang memaklumkan mangsa telah diculik dan mereka diminta membayar sejumlah wang sebagai tebusan.

"Suspek turut didakwa meminta RM60,000 selepas menerima wang sebanyak RM40,000 daripada keluarga mangsa yang dipercayai dibayar melalui bank.

"Hasil siasatan mendapati, sebelum menculik mangsa, suspek mengetahui bahawa mangsa adalah orang kaya," kata Ku pada sidang media di Ibu pejabat Polis Kuala Lumpur di sini, Rabu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan