Berlian Tokong Kuan Yin Berusia 200 Tahun Dijumpai Semula

Diterbitkan: Rabu, 31 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sebutir berlian berusia 200 tahun di Tokong Kuan Yin, Jalan Masjid Kapitan Keling di sini yang dilapor hilang petang semalam, dijumpai semula pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Ismail Idris berkata berlian itu dijumpai pengurusan tokong di dalam sisa pecahan almari kaca ketika kerja pembersihan dilakukan pagi tadi.

"Berlian itu telah diletakkan kembali di dahi patung dewi berkenaan dan polis tidak menyiasat secara terperinci mengenai kehilangannya kerana semasa pemeriksaan dibuat berlian itu tidak dijumpai di badan suspek," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata suspek yang cedera pada bahagian kepala akibat dipukul penjaga tokong kerana cuba mencuri berlian itu masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan berada dalam keadaan stabil.

Dalam kejadian 1 petang Isnin, suspek berusia 35 tahun itu memecahkan almari kaca yang menempatkan patung Dewi Kuan Yin dan cuba melarikan berlian yang terletak di dahi patung berkenaan.

Bagaimanapun perbuatannya itu disedari beberapa orang awam dan suspek dipukul sebelum diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan