Bekas Banduan Dicekup Terlibat Kes Pecah Rumah - Berita Jenayah | mStar

Bekas Banduan Dicekup Terlibat Kes Pecah Rumah

Diterbitkan: Rabu, 31 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang bekas banduan yang dibebaskan kira-kira sembilan bulan lepas dicekup polis bersama pelbagai barangan serta wang tunai dalam bentuk gubahan hantaran perkahwinan berjumlah RM500 dipercayai hasil kegiatan pecah rumah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditahan polis di tepi jalan berhampiran rumahnya di Malim di sini, Isnin lepas kira-kira dua jam setengah selepas dipercayai memecah masuk rumah seorang jurutera di Tengkera di sini.

Beliau berkata sebelum itu, suspek juga dipercayai memecah masuk rumah mangsa berusia 30-an pada 10 pagi dan melarikan pelbagai barangan berharga termasuk telefon bimbit, jam tangan dan kamera bernilai kira-kira RM5,000.

Katanya hasil tangkapan itu, polis kemudian menemui pelbagai barangan yang dipercayai hasil kegiatan pecah rumah termasuk enam telefon bimbit, tiga jam mewah, dua komputer riba dan dua radio selain gubahan wang tunai itu yang keseluruhannya dianggar bernilai RM30,000.

"Polis percaya dengan tangkapan ini, kita telah berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 10 kes pecah rumah di sekitar daerah Melaka Tengah," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Katanya suspek yang dibebaskan pada Oktober tahun lepas setelah menjalani hukuman penjara selama satu setengah tahun atas kesalahan pecah rumah itu turut dikehendaki IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur berhubung kes penipuan.

Bekas banduan itu ditahan reman empat hari sehingga Jumaat ini untuk siasatan, katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan