Pelajar Tingkatan Satu Mangsa Terbaharu Mercun Buatan Sendiri

Diterbitkan: Selasa, 30 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Pasir, Tanah Merah menjadi mangsa terbaharu mercun buatan sendiri meletup pada Jumaat lepas.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Muhammad Arish Irfan Che Omar, 13, dari Kampung Banggol Ketereh, Tanah Merah, cedera di tangan kiri dan perut selepas ditusuk serpihan pelita besi yang dimasukkannya belerang daripada mercun bola, meletup.

Bapanya, Che Omar Che Mat, 42, berkata ketika kejadian, beliau sedang tidur sebelum dikejutkan dengan letupan yang kuat di kawasan berhampiran.

"Muhammad Arish Irfan kemudian pulang ke rumah dengan tangan dan perut yang berdarah. Saya kemudian bawa anak sulung saya ini ke Hospital Tanah Merah untuk menerima rawatan.

"Saya difahamkan Muhammad Arish Irfan bermain dengan adik keduanya, Muhammad Azim yang cedera ringan di kaki," katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) pada Isnin.

Che Omar, seorang buruh, berkata Muhammad Arish Irfan menyucuh mercun buatannya itu menggunakan pemetik api dan tidak sempat membaling pelita berisi belerang yang tiba-tiba meletup di tangannya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam HRPZII Zaid Ahmad berkata mangsa dirujuk ke hospital berkenaan semalam untuk menjalani pembedahan berikutan terdapat empat serpihan besi di dalam perutnya.

"Mangsa akan dibedah dalam masa terdekat bagi mengeluarkan serpihan yang berada di dalam perutnya. Dia turut menerima kira-kira 15 jahitan di tangan kirinya.

"Ini merupakan kes ketiga mangsa mercun yang diterima hospital ini sepanjang Ramadan tahun ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan