Bekas Tahanan EO Mati Ditembak Dalam Sekatan Jalan Raya - Berita Jenayah | mStar

Bekas Tahanan EO Mati Ditembak Dalam Sekatan Jalan Raya

Diterbitkan: Selasa, 30 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) yang mempunyai 20 rekod jenayah, mati ditembak dalam sekatan jalan raya oleh polis di Kepong di sini awal pagi Selasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata lelaki berusia 35 tahun yang memandu kereta jenis Toyota Vios itu ditahan dalam sekatan jalan raya pada 2.15 pagi dan diminta menunjukkan dokumen pengenalan diri.

"Suspek yang berasal dari Kedah itu tiba-tiba melepaskan tiga das tembakan ke arah anggota polis, namun sasarannya terlepas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di sini.

Beliau berkata lelaki itu kemudian keluar dari kereta untuk melarikan diri menyebabkan polis melepaskan tiga das tembakan ke arahnya.

"Suspek cedera di kaki kiri, perut dan bahu dan dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan. Dia meninggal dunia di hospital pada 2.30 petang ini," katanya.

Polis turut merampas sepucuk pistol MK semi-auto, enam topeng muka dan sebatang besi dipercayai digunakan untuk aktiviti samun, yang ditemui dalam kereta itu.

"Kereta Toyota Vios itu dilapor hilang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang," katanya. BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan