Wanita Maut, Dua Parah Nahas Di Bentong - Berita Jenayah | mStar

Wanita Maut, Dua Parah Nahas Di Bentong

Diterbitkan: Isnin, 29 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang wanita maut manakala kakaknya dan seorang lelaki parah, selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabit dalam nahas jalan raya di Km4.6 Jalan Bentong-Karak dekat Bentong pada Ahad.

Sariza Abu Samah, 46, penumpang hadapan kereta itu, mati di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala dan badan, manakala kakaknya pemandu kenderaan itu, Sahridah Abu Samah, 53, seorang guru, cedera parah dan anak Sariza, Muhammad Danish Ilman Saperi, 14, cedera ringan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, pemandu trak pikap Mitsubishi Storm, S. Nanthakumaran, 36, turut cedera parah.

"Dalam nahas 1 pagi semalam, mangsa dalam perjalanan dari Karak menuju ke Bentong. Sampai di tempat kejadian, dipercayai kereta yang dinaiki mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan termasuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan trak pikap itu," katanya di sini, Isnin.

Sementara itu dalam nahas berasingan, seorang warga emas lelaki, Neo Ah Kok, 79, maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Jalan Triang-Bahau dekat Pekan Mengkuang, Bera.

Dalam kejadian 7.38 malam Ahad, mangsa yang menunggang sendirian secara tiba-tiba terbabas dan jatuh di atas jalan raya.

Mangsa disahkan mati pukul 8.15 malam ketika dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan