Kaki Judi Nekad Terjun Laut Elak Dicekup Polis

Diterbitkan: Isnin, 29 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sekumpulan kaki judi nekad terjun ke dalam laut bagi mengelak diberkas polis dalam 'Ops Dadu' di sebuah pondok nelayan berdekatan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini awal pagi Ahad.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Nasir Salleh berkata dalam serbuan pada 3 pagi itu, enam lelaki berusia antara 31 hingga 55 tahun ditahan sementara beberapa orang lagi nekad terjun ke laut dan berjaya meloloskan diri.

"Mereka yang terjun, berenang kira-kira 100 meter ke tepian dan pantas melarikan diri serta masih belum dapat dikesan," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Beliau berkata dalam operasi berkenaan, polis turut merampas 52 keping kad pakau, wang sebanyak RM55 dari atas meja, selain wang dibawa kaki judi terbabit dipercayai untuk pertaruhan berjumlah RM3,930.

Katanya kesemua lelaki terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara enam bulan dan denda RM5,000, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan