Lelaki Tinggalkan Anak Perempuan Bersendirian Dalam Kereta Kerana Dadah

Diterbitkan: Ahad, 28 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang lelaki sanggup meninggalkan anak perempuannya berusia empat tahun bersendirian dalam kereta di tepi jalan semata-mata untuk membeli dadah di satu kawasan berhampiran Penjara Sungai Udang di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman berkata, polis yang membuat serbuan Ops Tapis di sebuah ladang kelapa sawit kemudian berjaya menahan lelaki berusia awal 30-an itu.

"Semasa dicekup, lelaki itu memberitahu kepada pihak polis bahawa anaknya ada di dalam Perodua Alza...kanak-kanak perempuan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Sungai Udang sebelum diserahkan kepada ibunya," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Salehhudin berkata, dalam operasi pada 6 pagi dan berakhir 6 petang Sabtu di kawasan ladang itu, polis turut menahan 33 lagi lelaki berusia antara 26 hingga 62 tahun mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983.

Katanya hasil pemeriksaan, seorang daripada mereka berusia 20-an didapati memiliki empat tiub straw dadah dipercayai heroin dan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan