Wanita Warga Asing Ditemui Mati Dibunuh - Berita Jenayah | mStar

Wanita Warga Asing Ditemui Mati Dibunuh

Diterbitkan: Sabtu, 27 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BATU GAJAH: Seorang wanita warga asing ditemui mati dengan kesan tikaman pada bahagian belakang badannya di sebuah rumah kedai di Jalan Pasar, di sini malam Khamis.

Susulan itu polis memberkas empat lelaki warga Myanmar termasuk suami mangsa bagi membantu siasatan kira-kira enam jam selepas mayat Than Dar, 25, ditemui pada 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Shaharon Anuar Abdul Latif berkata siasatan awal polis mendapati berlaku pertengkaran di dalam rumah yang didiami mangsa bersama suami dan anak lelaki mereka yang berusia setahun setengah serta tiga lagi lelaki termasuk adik ipar mangsa.

Pasukan polis yang tiba selepas menerima laporan orang awam hanya menemui mayat mangsa terlentang di dalam sebuah bilik, manakala empat suspek terbabit sudah melarikan diri dan mereka membawa bersama anak mangsa, katanya pada sidang media, di sini Jumaat.

Menurutnya polis kemudian melancarkan gerakan memburu semua suspek yang berusia antara 20 dan 30 tahun terbabit serta berjaya memberkas mereka secara berasingan di Jalan Happy Garden, Jalan Kelab dan Kampung Tersusun Damai.

"Kesemua suspek warga Myanmar bertaraf pelarian yang berdaftar dengan UNHCR dan mereka bekerja di sekitar Pekan Batu Gajah," katanya menambah anak mangsa juga ditemui bersama seorang daripada suspek.

Shaharon Anuar berkata polis tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada cemburu si suami yang mengesyaki isterinya yang bekerja sebagai pembantu kedai, mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Menurutnya hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati wanita itu maut akibat tikaman yang menembusi paru-paru kanan.

Polis juga menemui sebilah pisau di tempat kejadian yang dipercayai senjata pembunuhan, katanya menambah semua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan