Wanita Ditemui Mati Dengan Kesan Tikaman

Diterbitkan: Jumaat, 26 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang wanita tempatan ditemui mati dengan kesan tikaman di bahagian belakangnya di sebuah rumah dua tingkat di Jalan Donald Kampung Likas di sini Khamis.

Mangsa yang dikenali sebagai Jusilina Rizal berumur 21 tahun dipercayai telah dibunuh antara pukul 2 hingga 4 pagi.

Berikutan kesan tikaman itu, usus mangsa telah terkeluar dan suspek dipercayai dikenali oleh mangsa.

Menurut Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun mangsa mengenali suspek dan tinggal bersama dalam rumah tersebut.

"Pisau berukuran 10 inci yang di percayai digunakan untuk membunuh mangsa turut di temui di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini. Katanya pihak polis masih memburu suspek yang di percayai berumur dalam lingkungan 30-an dan motif pembunuhan masih disiasat.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.

Sementara itu, seorang lelaki tempatan telah ditemui mati di salah sebuah hotel di kampung air di sini, Khamis.

Mangsa yang dikenali sebagai Leow Teck Peng berumur 60 tahun dipercayai mengalami sesak nafas dan disahkan mati di tempat kejadian.

Menurut saksi, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang selepas beberapa jam mangsa mendaftar di hotel tersebut. Jauteh mengesahkan kejadian itu, dan mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan