Remaja Hilang Ditemui Dirogol

Diterbitkan: Jumaat, 26 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Remaja perempuan berumur 14 tahun yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Sungai Ara, Bayan Lepas pada Jumaat lalu ditemui awal pagi Khamis.

Dia ditemui masih dalam pakaian tidur seperti ketika dia dilaporkan hilang, pada pukul 1 pagi oleh seorang penoreh di pinggir kebun getah, beberapa kilometer dari rumahnya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Md Zin berkata remaja itu kelihatan bingung dan trauma serta lemah dipercayai kerana tidak mendapat makanan.

"Berdasarkan keterangan mangsa, dia mendakwa diculik dua lelaki bertopeng dan dibawa naik ke atas bukit serta dirogol oleh salah seorang suspek," katanya ketika dihubungi.

Keluarganya telah dimaklumkan mengenai penemuannya dan dia kini dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Hatta berkata pihak polis masih belum mengenal pasti identiti suspek dan usaha mengesan sedang dilakukan. Mangsa disedari hilang pada pukul 6 pagi dengan selimut miliknya dijumpai di belakang rumahnya.

Menurut keluarganya, rumah mereka yang terletak di atas bukit tidak dikunci pada malam tersebut bagi memudahkan seorang lagi anggota keluarga mereka yang pulang lewat memasukinya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan