Perompak Dan Pemilik Kedai Emas Saling Lepaskan Tembakan

Diterbitkan: Jumaat, 26 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Lima lelaki yang dikatakan bersenjatakan pistol melarikan tujuh dulang barangan kemas bernilai hampir RM500,000 dari sebuah kedai emas di Pekan Mantin dekat sini kira-kira 1 petang Jumaat.

Perompak dikatakan turut melepaskan tembakan amaran sebelum merompak sementara pemilik kedai emas itu juga melepaskan tembakan sehingga mengejutkan para perompak dan menyebabkan mereka melarikan diri.

Pemilik kedai emas itu yang enggan dikenali yang berumur 50-an berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, dia berada di dalam kedainya bersama tiga lagi pekerja.

"Tiba-tiba muncul lima lelaki yang memakai topi keledar dan bersenjatakan pistol. Salah seorang daripada mereka kemudiannya melepaskan satu das tembakan amaran sebelum yang lain memecah cermin pameran menggunakan tukul besi.

"Mereka kemudian memasukkan tujuh dulang barangan kemas ke dalam sebuah beg. Pada masa yang sama, saya sempat mengambil senapang patah saya yang disimpan di bawah meja dan melepaskan satu das tembakan ke arah perompak, namun tersasar.

"Kesemua mereka (perompak) terkejut dengan tembakan itu dan terus melarikan diri dengan menaiki tiga buah motosikal yang diletakkan berhampiran kedai saya," katanya.

Pemilik itu berkata ketika kejadian tiada pelanggan di dalam kedainya.

"Saya bersyukur kerana saya dan tiga pekerja saya selamat dan tidak dicederakan," katanya dan menambah sejak berniaga hampir 20 tahun, itulah kali pertama kedainya dirompak.

Sementara itu jurucakap polis memberitahu pihaknya turut menemui sepucuk pistol mainan di tempat kejadian dan kemungkinan beberapa lagi pucuk pistol yang digunakan perompak juga palsu.

"Kita menemui sepucuk pistol mainan tidak jauh dari premis berkenaan. Kemungkinan pistol mainan itu terjatuh ketika suspek tergesa-gesa melarikan diri," katanya. Pihak polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup di premis berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan