Ibu Tunggal Maut Dirempuh Ketika Berada Di Pembahagi Jalan

Diterbitkan: Jumaat, 26 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Seorang ibu tunggal enam anak maut selepas dirempuh kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di Km 31.7 Jalan Johor Baharu-Mersing, di sini malam Khamis.

Kejadian berlaku pada 11.45 malam ketika Habsah Ismail, 40, berada di pembahagi jalan berdekatan stesen minyak di Taman Sri Saujana.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Mohd Nor Rasid berkata mangsa dirempuh kenderaan jenis Toyota Hilux yang dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Mersing selepas pemandunya gagal mengawal kenderaan itu.

"Rempuhan itu mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat kemudian dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat. Pemandu kenderaan berusia 26 tahun berkenaan tidak mengalami kecederaan dan telah ditahan reman bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi, di sini Jumaat.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 selain lesen memandu digantung jika sabit kesalahan.

Bernama difahamkan mangsa yang berasal dari Mersing baharu tiga minggu bekerja Hospital Sultan Ismail, Johor Baharu. Allahyarham meninggalkan enam anak berusia antara tiga dan 19 tahun.

Jenazah dituntut waris dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ladang Koperasi Sungai Ambat, Mersing, Jumaat. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan