Murid Tahun Lima Cedera Terkena Mercun Buatan Sendiri

Diterbitkan: Khamis, 25 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Seorang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Bechah Durian, Bunut Susu, Pasir Mas, di sini cedera di mata kanan dan melecur di sekitar mulutnya apabila bermain mercun buatan sendiri, Rabu.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, mangsa, Muhammad Nur Hakim Mohd Nawi, 11, dari Kampung Padang Embun, Tendong, Pasir Mas, cuba membuat bunga api dengan menggunakan belerang daripada mercun jenis bola dan pasir yang dimasukkan ke botol air mineral.

Bapa mangsa, Mohd Nawi Wan Sulaiman, 57, berkata anak kesembilan daripada 12 beradik itu kemudian mencucuh mercun buatan sendiri itu dengan menggunakan kertas surat khabar.

"Saya difahamkan dia ingat mercun buatannya itu akan menjadi seperti suar tapi tak sangka ia meletup dan mencederakan dirinya," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), tempat anaknya menerima rawatan di sini Khamis.

Pengarah HRPZII Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan, yang melawat kanak-kanak itu berkata kecederaan yang dialami mangsa telah dirawat namun pihaknya masih belum mengetahui sama ada mata mangsa dimasuki pasir atau tidak.

"Kita akan buat pemeriksaan lanjut. Dia kini berada dalam keadaan stabil," katanya sambil menambah kes itu yang kedua diterima hospital berkenaan bulan ini. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan