Misteri Kebakaran Rumah Ragut Tiga Nyawa Terungkai

Diterbitkan: Khamis, 25 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Benginilah keadaan rumah yang terbakar.
Benginilah keadaan rumah yang terbakar.

KOTA TINGGI: Pihak polis mengenal pasti punca kebakaran sebuah rumah di Taman Kota Jaya di sini Rabu yang turut mengakibatkan tiga kematian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Mohd Nor Rasid berkata kebakaran dipercayai berpunca dari simbahan minyak petrol di rumah itu yang dikatakan dilakukan seorang mangsa yang turut terkorban dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu.

"Kejadian berlaku apabila mangsa yang berumur 30-an itu datang ke rumah tersebut untuk mencari isterinya. Memandangkan isterinya tiada di situ, mangsa telah mengamuk dan bertindak menyiram minyak yang dibawanya yang dipercayai petrol ke seluruh bahagian rumah tersebut," katanya di sini Khamis.

Beliau berkata mangsa turut terkorban kerana badannya turut disambar api.

Yang turut terkorban ialah Ezza Nurfarhaine Othman, 24, yang merupakan orang kelainan upaya dan Maliki Hanie Aziz, berusia tiga tahun. Sementara yang cedera ialah Nor Ezzadatul Fazlin Othman, 33, dan Nor Syafiqa Abu Sari, 18. Mohd Nor berkata Nor Ezzadatul Fazlin yang sedang mengandung dilaporkan berada dalam keadaan koma dan dirawat bersama Nor Syafiqa di Hospital Sultan Ismail, Johor Baharu.

Seorang ahli keluarga mangsa, Hashim Rajab, 51, berkata beliau sedang mengecat rumahnya yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mangsa, ketika kejadian itu.

Beliau yang hanya berseluar pendek terus berlari ke rumah yang terbakar itu sebaik dimaklumkan jirannya, namun beliau tidak dapat membantu menyelamat mangsa kerana keadaan api yang marak.

"Tidak sangka anak dan cucu saudara saya meninggal dunia dalam keadaan begitu, lebih-lebih lagi di saat umat Islam hendak menyambut Hari Raya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan