Lelaki Maut, Abang Parah Dalam Nahas Jalan Raya Di Kinabatangan

Diterbitkan: Khamis, 25 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KINABATANGAN: Seorang lelaki maut manakala abangnya parah apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 114 Jalan Sandakan-Lahad Datu, Rabu.

Mustari Tamrin, 23, mati di tempat kejadian manakala abangnya, Jamal Tamrin, 25, cedera parah di rusuk kiri serta mengalami pendarahan otak dan kini dirawat di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan DSP Martin Lugu berkata dalam kejadian pada 8 malam itu, kereta yang dipandu Jamal hilang kawalan dan masuk ke laluan kanan lalu bertembung dengan lori 10 tan yang datang dari arah bertentangan.

"Ketika kejadian dua beradik itu dalam perjalanan dari arah Lahad Datu menuju ke Sandakan," katanya sambil memberitahu bahawa pemandu lori terlibat tidak cedera.

Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Sandakan Devi Rashedee Ensoi berkata pihak bomba terpaksa memotong bahagian duduk penumpang hadapan untuk mengeluarkan Mustari yang tersepit di bahagian kaki.

Operasi mengeluarkan mangsa melibatkan lima anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan yang diketuai Penyelia Johny Yap, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan