Dua Remaja Orang Asli Maut Motosikal Bertembung Kereta

Diterbitkan: Khamis, 25 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Dua remaja Orang Asli terbunuh selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Km 146.1 Jalan Kuantan-Johor Baharu dekat Rompin malam Selasa.

Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim, nahas berlaku pukul 11.55 malam ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Johor Baharu menghala ke Kuantan.

"Di tempat kejadian dipercayai Kie a/l Lee, 18, yang menunggang motosikal jenis Yamaha itu tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta tersebut.

"Akibat itu, mangsa dan rakannya, Ahwan a/l Sita, 15, masing-masing dari Perkampungan Orang Asli Batu 3 Jalan Sabak, Rompin mati di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala, tangan, kaki dan badan," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Katanya pemandu kereta jenis Proton Wira berkenaan, Sit Man Hang, 40, seorang peniaga berasal dari Kampung Chamang, Bentong hanya mengalami kecederaan ringan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kedua-dua remaja terbabit tidak memakai topi keledar dan tidak memiliki lesen memandu yang sah semasa kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan