Lelaki Keluar Beriadah Ditemui Mati Di Taman Botani - Berita Jenayah | mStar

Lelaki Keluar Beriadah Ditemui Mati Di Taman Botani

Diterbitkan: Rabu, 24 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang lelaki yang dilapor hilang ketika beriadah di Taman Botani di sini ditemui mati tengah malam Selsa.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal berkata mayat Voon Wei Ming, 53 dijumpai oleh pasukan mencari dalam keadaan tersandar pada batu berhampiran sungai pada pukul 11.40 malam.

"Operasi mengesan lokasi mangsa agak sukar kerana keadaan berbukit dan curam ditambah dengan keadaan gelap," katanya ketika dihubungi di sini Rabu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata mayat lelaki itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan