UPP Kedah Tahan Lelaki, Rampas Mercun Bernilai RM3,000

Diterbitkan: Selasa, 23 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT KAYU HITAM: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah menahan seorang lelaki berusia 38 tahun serta merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM3,000 yang cuba diseludup masuk ke negara ini pada Isnin.

Komander UPP Bukit Kayu Hitam, ASP Shahidan Ladin berkata, kira-kira pukul 4 petang Isnin, anggotanya menahan sebuah kereta jenis Proton Persona di Km 1.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah Changlun yang didapati mencurigakan.

Pemeriksaan ke atas kereta itu menemukan pelbagai jenis mercun dan bunga api berbahaya diletak di tempat duduk belakang dan bonet belakang serta ditutup dengan kain berwarna gelap.

"Modus operandi suspek menutup barangan terlarang itu dengan kain berwarna gelap bagi mengelak dikesan pihak berkuasa dan mengambil kesempatan masuk ke negara ini ketika trafik sibuk iaitu waktu kakitangan kerajaan balik kerja.

"Kita percaya mercun ini akan dihantar kepada seorang ejen di Pulau Pinang dan menjualnya pada harga tiga kali ganda nilai barangan tersebut," katanya kepada pemberita di sini, Selasa. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan