Empat Rakan Ditemui Lemas Ketika Mencari Lala

Diterbitkan: Isnin, 22 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Empat rakan ditemui mati lemas ketika mencari lala di Sungai Melaka di Taman Seri Krubong, Krubong di sini Ahad.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa yang terdiri daripada adik beradik iaitu Hanis Balkis Fadzli, 7, dan Mohamad Nazmi Fadzli, 9, serta dua rakan mereka iaitu Athafiz Amin, 10, dan Rodziatul Nadia Rosnan, 12, dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai.

Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Melaka Kamarulzaman Mohd Din berkata tujuh anggota bomba dari Balai Bomba Ayer Keroh dan 11 anggota unit penyelam dari Balai Bomba Kubu dikejarkan di tempat kejadian.

"Bomba menerima panggilan pada pukul 4.58 petang dan berjaya menemui mayat mangsa keempat pada pukul 6.04 petang," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka dan dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cheng di sini.

Kakak kepada Athafiz iaitu Athirah Amin, 16, berkata adiknya bersama tujuh lagi rakan yang tinggal di taman perumahan yang sama pergi mencari lala di kawasan sungai itu bagi dijadikan juadah berbuka.

"Mereka pergi berlapan cari lala di sungai itu, bila adik saya dan tiga lagi kawannya tergelincir masuk dalam sungai lagi empat cuba selamatkan tapi tak berjaya. Lepas tu mereka semua terus dapatkan bantuan orang ramai.

"Saya memanglah sangat sedih hilang adik saya terutamanya masa Hari Raya yang semakin dekat ini," katanya yang mengetahui kejadian itu kira-kira pukul 5 petang daripada jirannya.

Norizan Zainal, 40, ibu Rodziatul Nadia, berkata ketika kejadian beliau sedang pergi ke kedai untuk membeli mi bagi kegunaan perniagaannya dan mengetahui kejadian daripada jirannya kira-kira pukul 6 petang ketika pulang dari kedai.

"Selama ini anak saya tak pernah pergi ke sungai itu untuk bermain atau buat apapun. Dua tiga hari ini anak saya semakin rajin ikut saya pergi tarawih, dia juga ada kata tak mahu pergi sekolah pada Isnin dan mahu saya belikan jubah untuk dia," katanya.

Sementara itu, Ismail Hamid, 64, datuk kepada Hanis Balkis dan Mohamad Nazmi, berkata dia tidak menyangka mimpi jatuh ke dalam sebuah lubang gelap beberapa hari sebelum kejadian membawa petanda buruk menimpa kedua-dua cucunya itu.

"Saya berasa pelik dengan mimpi tersebut tapi tidak sangka ia petunjuk cucu-cucu saya akan pergi dulu sebelum saya," katanya.

Pesara itu berkata kedua-dua cucunya itu turut menunjukkan perubahan ketara seminggu sebelum kejadian apabila Hanis Balqis tiba-tiba mahu tidur di atas lengannya pada malam sebelum kejadian manakala Mohamad Nazmi pula tidak mahu masuk ke rumahnya walaupun disuruh beberapa kali.

Kesemua mayat mangsa dituntut keluarga masing-masing dari Hospital Melaka kira-kira pukul 11 malam Ahad. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan