Suspek Rompak Kedai Emas Di Temerloh Dipercayai Loloskan Diri Guna Lori Kargo

Diterbitkan: Ahad, 21 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Polis tidak menolak kemungkinan enam lelaki yang merompak barang kemas bernilai RM3.2 juta di Mentakab dua hari lepas, turut menggunakan lori kargo bagi meloloskan diri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood, suspek yang menaiki kereta jenis Honda Accord dan Toyota Camry selepas merompak kedai emas berkenaan memecut kenderaan menuju ke Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

"Menurut saksi, kedua-dua buah kereta dinaiki enam perompak itu dikatakan merempuh kayu halangan di Tol Temerloh dan menghala ke Kuala Lumpur.

"Polis tidak menolak kemungkinan kereta itu dinaikkan ke dalam lori kargo yang menunggu mereka di kawasan rehat dan rawat di LPT menghala ke Karak," katanya di sini, Sabtu.

Beliau bekata polis turut menemui lapan dulang kosong yang dibuang ditepi jalan, kira-kira 2km dari bandar Mentakab.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu penjenayah berkenaan mengambil masa hanya tiga minit untuk melarikan 24 dulang barangan kemas.

"Polis percaya rompakan itu dilakukan secara terancang dan melibatkan beberapa individu lain," kata Zundin.

Semasa rompakan, pemilik kedai dan beberapa pekerjanya, baru tiba di kedai emas berkenaan untuk memulakan perniagaan sebelum diserbu empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang.

Beliau berkata polis Temerloh dengan kerjasama polis dari negeri bersempadanan dengan Pahang kini memperhebatkan gerakan memburu kesemua suspek. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan