Perompak Tebuk Dinding Bank, Larikan RM110,000 - Berita Jenayah | mStar

Perompak Tebuk Dinding Bank, Larikan RM110,000

Diterbitkan: Ahad, 21 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Sebuah bank di Ambang Botanik di sini kerugian RM110,000 dalam rompakan yang dipercayai berlaku awal.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata, perompak terbabit memasuki bank berkenaan dengan menebuk bahagian dinding belakang sebelum menebuk pintu bilik kebal bank terbabit.

Beliau berkata, polis menerima aduan daripada pengurus bank yang pergi ke bank berkenaan kira-kira pukul 9.30 pagi tadi dan mendapati dinding belakang bank berkenaan telah ditebuk.

"Pengurus bank itu memaklumkan, dia ada menerima SMS (khidmat pesanan ringkas) memaklumkan penggera bank berkenaan berbunyi pada pukul 3.20 pagi tadi namun tidak melakukan pemeriksaan," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau berkata, siasatan mendapati wang tunai yang dilarikan suspek adalah duit yang disimpan di dalam bilik kebal bank itu, dan jumlah wang yang dilarikan perompak terbabit disahkan oleh dua pekerja bank berkenaan berdasarkan semakan yang dibuat daripada rekod bank itu.

"Pemeriksaan pada kamera kawalan litar tertutup (CCTV) di dalam bank berkenaan mendapati ia telah terpadam pada 19 Julai kira-kira pukul 7.19 malam," katanya.

Mohamad berkata, pihak forensik masih melakukan siasatan di tempat kejadian. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan