Mayat Jurutera Kapal MT Samudera Berjaya Dikeluarkan

Diterbitkan: Ahad, 21 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PONTIAN: Mayat jurutera kapal MT Samudera yang terbakar di perairan Selatan Pulau Kukup dekat sini Ahad lalu berjaya dikeluarkan pada Sabtu setelah tujuh hari terperangkap dalam kapal berkenaan.

Mayat warga India itu G. Srinivasan, 49, yang terbakar hampir 95 peratus badannya ditemui oleh pasukan forensik Maritim Malaysia di bilik kawalan jentera utama kapal berkenaan kira-kira 3.30 petang.

Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Johor Baru, Kapten Maritim Aminuddin Abd. Rashid berkata operasi mengeluarkan mayat berkenaan mengambil masa kerana terpaksa menunggu sehingga kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya.

"Kebakaran hanya dapat dipadamkan sepenuhnya semalam dan hari ini pihak bomba sekali lagi memasuki kapal berkenaan untuk memastikan keadaan di dalam kapal selamat untuk dimasuki bagi membolehkan operasi bersepadu mengeluarkan mayat mangsa dilakukan," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian telah dipindahkan ke kapal KM Sibuan menuju ke Jeti Marin Pantai Lido sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat.

Selain Maritim Malaysia, operasi bersepadu sejak pukul 10 pagi itu disertai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Laut dan Polis Marin dengan lebih 30 anggota penyelamat.

Dalam kejadian pada Ahad lepas, Kapal MT Samudera yang dalam perjalanan dari Batam, Indonesia ke Chittagong, Bangladesh terbakar pada kedudukan 2.6 batu nautika (4.8 kilometer) dari Pulau Kukup dipercayai berpunca daripada pengcas turbo di bilik enjin kapal itu yang meletup.

Dalam kejadian itu, seramai 22 anak kapal berjaya diselamatkan manakala Srinivasan maut selepas terperangkap di dalam bilik enjin kapal. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan