Seorang Maut, Tujuh Hilang Bot Bawa 35 Rakyat Indonesia Karam

Diterbitkan: Sabtu, 20 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang maut manakala tujuh yang lain hilang apabila bot kayu yang membawa 35 penumpang rakyat Indonesia karam di perairan Tanjung Sedili Besar, Kota Tinggi, awal pagi Jumaat.

Pengarah Operasi Daerah Maritim Tanjung Sedili Komander Maritim Mustapa Kamal Abas berkata 28 penumpang yang terapung di lautan diselamatkan sebuah kapal tangki MT Octaden yang melalui perairan itu pada 3 petang.

"Seorang wanita daripada 28 penumpang yang diselamatkan itu mati apabila tiba di Jeti Tanjung Sedili," katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Beliau berkata kejadian dipercayai pada pukul 3 pagi ketika kesemua penumpang bot dari destinasi yang tidak dapat dipastikan itu dalam perjalanan pulang ke Batam, Indonesia.

Mustapa kamal berkata kesemua mangsa terpaksa berpaut pada bot selama 12 jam sebelum diselamatkan kapal tangki itu.

APMM menggerakkan sebuah kapal serta bot laju dengan kekuatan 30 pegawai dan anggota ke lokasi kapal untuk mengambil mereka yang diselamatkan itu, katanya.

Beliau berkata mereka yang diselamatkan itu berumur antara lapan bulan dan 43 tahun dan terdiri daripada 24 lelaki, tiga wanita serta bayi lelaki.

"Mereka dipercayai dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya.

Beliau berkata bot mereka dikatakan mengalami kerosakan enjin sebelum karam dipukul ombak besar.

Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat baki tujuh yang hilang sedang dijalankan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan