Remaja Langgar Pegawai Polis Trafik Di Kuala Besut Akan Didakwa

Diterbitkan: Sabtu, 20 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA BESUT: Remaja berusia 19 tahun yang dikatakan merempuh seorang pegawai polis trafik sehingga kehilangan kaki kanannya Rabu lalu akan didakwa dalam masa terdekat.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan kes tersebut dan akan merujuknya kepada Timbalan Pendawaraya secepat mungkin.

"Kita telah menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden itu dan hanya menunggu arahan untuk pendakwaan, sebaik menerima arahan daripada Timbalan Pendakwaraya," katanya dalam sidang media di sini Sabtu.

Remaja itu diikat jamin sebanyak RM2,000 Khamis lalu.

Dalam kejadian itu, Inspektor Farid Hasni Mamat, 33, yang dipinjam dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka untuk bertugas sempena pilihan raya kecil Kuala Besut, parah setelah motosikal berkuasa tinggi polis yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta yang dipandu remaja berkenaan berhampiran Sekolah Kebangsaan Alor Peroi.

Ekoran itu kaki kanan beliau terputus dari paras bawah lutut. Beliau kini dilapor stabil dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian di Kota Baharu, Kelantan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan