Polis Akan Ambil Keterangan Ibu Bapa Kanak-Kanak Mati Dalam Kereta

Diterbitkan: Sabtu, 20 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil keterangan daripada ibu bapa kanak-kanak perempuan yang mati akibat kelemasan setelah ditinggalkan tanpa sengaja di dalam kereta di Subang Jaya pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata rekod bertulis belum diambil kerana ibu bapa kanak-kanak tersebut masih dalam keadaan trauma ekoran kejadian itu. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 33, Akta Kanak-Kanak 2001 kerana membiarkan kanak-kanak tanpa pengawasan yang berpatutan, katanya kepada Bernama.

Seksyen ini memperuntuk hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Dalam kejadian itu, Nawal Iris Samsudin, 3, ditinggalkan selama lebih lima jam di dalam kereta ibunya di bawah panas terik di tempat letak kereta sebuah sekolah menengah di USJ4.

Bedah siasat yang dilakukan di Hospital Serdang menunjukkan kanak-kanak itu meninggal dunia akibat 'heat stroke'. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan