Penculikan Ng Ada Kaitan Dengan Tindakan Alvin, Vivian

Diterbitkan: Sabtu, 20 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan penculikan Ng Mun Tatt ada kaitan dengan paparan sensitif di Facebook yang dilakukan oleh penulis blog seks kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee.

Beliau berkata tindakan itu ada kaitan dengan paparan mempersendakan umat Islam, walaupun Ng menafikan penculikannya ada kaitan dengan komen agama yang dibuat pasangan kontroversi Alvivi.

"Saya berkata ia antara punca dia diculik tetapi selain itu terdapat juga sebab kerana ingin mendapatkan wang tebusan.

"Kami tahu mangsa diminta untuk memasukkan wang sebanyak RM3,000 tetapi lukisan di badannya adalah sebagai tindak balas terhadap tindakan Alvin dan Vivian," katanya pada Jumaat.

Beliau turut diminta untuk mengulas dakwaan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bahawa Peguam Negara telah menyalahgunakan kuasanya kerana ketika pasangan kontroversi, Alvin dan Vivian didakwa ekoran kenyataan berbuka puasa mereka di Facebook tetapi tiada tindakan dikenakan terhadap Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan Naib Presidennya Datuk Zulkifli Nordin di atas ucapan tidak sensitif mereka.

"Dengan laporan yang dibuat, wujud penyiasatan yang sewajarnya dilakukan. Selepas siasatan kami, kertas siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, kes melibatkan Ibrahim Ali masih disiasat.

Bagaimanapun, berhubung kes membabitkan Zulkifli Nordin, Peguam Negara mengarahkan polis supaya menghentikan siasatan.

"Peguam negara mengarahkan tiada tindakan lanjut terhadap kes itu kerana bukti tidak mencukupi," katanya.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kementeriannya dan pihak polis sedang memantau beberapa NGO dan kumpulan yang cuba membangkitkan sentimen agama.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan